Jumaat, 24 April 2009

Pemuda



Dah berabuk dah blog nie...jadik hari nie tiba-tiba tangan terasa gatai nak menulis...jadik kat sini saya teringin nak kongsi sikit cerita psai cabaran yang ditempuhi oleh pemuda islam..
Terdapat banyak cabaran-cabaran yang patut kita lalui sebagai pemuda-pemuda islam nie.. antaranya adalah cabaran untuk menempuhi hasutan syaitan (amboi berbahasa baku pulak ).. cabaran nie lah yang selalu kita tak leh tahan..emm.. cuba kita tengok firman Allah taala dalam surah nie :
قال أنظرنى الى يوم يبعثون* قال انك من المنظرين * قال فبما أغويتنى لأقعدن لهم صراطك المستقيم* ثم لآتينهم من بين أيديهم ومن خلفهم وعن أيمانهم وعن شمائلهم ولا تجد أكثرهم شاكرين
Maksudnya: Iblis berkata: Berilah tempoh kepada aku sehingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya kamu daripada golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhanku) menyebabkan daku tersesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka daripada depan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. (Al A’raaf: 14-17)
Dalam surah yang lain pulak... Allah berfirman.:

قال ربي فانطرنى الى يوم يبعثون * قال فانك من المنظرين* الى يوم الوقت المعلوم * قال رب بما أغويتنى لأزينن لهم فى الارض ولأغوينهم أجمعين * الا عبادك المخلصين

Maksudnya: Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian berilah tempoh kepada aku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Dengan permohonan kamu itu, maka sesungguhnya kamu dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari (masa) yang tertentu.” Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana engkau telah menjadikan aku sesat maka demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan daripada syirik.” (Al Hijr: 36-40)
penah dak kita terpikiaq pesoalan nie..??

- Kita tau dak...syaitan dah cabaq kita.. dengan cabaran yang keras nie..?? - Kita nak ka sesat dan jadik pengikut dia...?? - Paihtu sanggup ka kita dok jadik tentera iblis nie...??

Paihtu kita pon jawab... tak ingin aih aku..
-Abih tue pasai pa kita dok ikut hasutan dia..?? dok ikut tipu daya dia...??

Pikiaq punya pikiaq..macam mana la kita nak bebas dari hasutan dan tipu daya syaitan nie..??
- Jadik jawapan dia..marilah kita tengok balik Al quran yang diturunkan Allah kat Rasullullah S.A.W supaya menjadi penawar kepada orang2 yang beriman..
1. Al Quran bagi tau bahawa syaitan tue musuh kita..
firman Allah Taala :
ان الشيطان لكم عدو فاتخذوه عدوا انما يدعو حزبه ليكونوا من أصحاب السعير
Maksudnya: Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya) sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka. (Faatir: 6)

Jadik marilah kita sama-sama jadik kan dia musuh dan berusaha lawan sampai habih..

2. Dalam Al Quran juga bagi jugak penjelas kat kita tentang manhaj dan menggariskan kita jalan yang lurus..
firman Allah Taala :
ألم أعهد اليكم يا بنى آدم ان لا تعبدوا الشيطان انه لكم عدو مبين* وأن اعبدونى هذا صراط مستقيم
Maksudnya: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Dan (Aku perintahkan) hendaklah kamu menyembahKu, inilah jalan yang lurus. (Yaasin: 60-61)


Jadik..tunggu apa lagi..kita patut ikut manhaj dan ajaran yang terkandung dalam Al Quran.. serta jalan yang lurus..

3. Dalam Al Quran jugak lah menyuruh kita beriman..berlindung kepada Allah daripada syaitan..
firman Allah Taala :

فاذا قرأت القران فاستعذ بالله من الشيطان الرجيم * انه ليس له سلطان على الذين آمنوا وعلى ربهم يتوكلون * انما سلطانه على الذين يتولونه والذين هم به مشركون

Maksudnya: Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai apa-apa pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulatbulat kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya pengaruh syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah. (An Nahl: 98-100)

Mari la kita sama menjadik org yang beriman..bertawakkal..dan memintak pertolongan daripada Allah Taala..untuk jauh kan kita daripada syaitan..

4. AlQuran telah bagi peringatan kat kita dan amaran.. kalau kita lalai dari ingat kat Allah Taala..beribadah..dan mentaatinya..maka syaitan la teman kita..
Firman Allah Taala :

ومن يعش عن ذكر الرحمن نقيض له شيطانا فهو له قرين * وانهم ليصدونهم عن السبيل ويحسبون انهم مهتدون
Maksudnya: Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu jadilah syaitan itu teman yang tidak renggang daripadanya. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Az Zukhruf: 36-37)
Jom pakat kita berusaha untuk ingat kat Allah Taala selalu..beribadah dan mentaatinya.. pasai nak jauh kan diri daripada syaitan.. Jadi marilah kita sama-sama fikir2 kan..dan sentiasa bertaubat kepada Allah taala.. Akhir sekali teringat saya kata Sayyidina Abu Bakar As Siddiq :
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا , وزنوا قبل أن توزنوا , وتزينو للعرض الأكبر , يوم لا تخفى خافية

maksudnya : hitunglah dirimu sebelum kamu dihitungkan ( dihadapan Allah ) , timbanglah amalan kamu sebelum ianya ditimbangkan pada hari kiamat dan berhiaslah untuk hari pendedahan yang besar, hari yang tak akan tersembunyi darimu sesuatu pon.

oleh itu marilah kita sama2 bermuhasabah diri kita dan saling nasihat menasihati satu sama lain..
Nabi S.A.W bersabda maksudnya : sesungguhnya agama itu adalah nasihat.

Wallahua'lam..

1 ulasan:

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    BalasPadam