Tahukah kita.. Surah Al-fatihah adalah satu surah yang diperintah oleh agama untuk dibaca didalam solat.. bagi setiap rakaat..dan disetiap waktu solat.. Dan surah ini dihafal oleh setiap mukmin..
Apa yang ada dalam surah nie..Didalam surah Al-fatihah menceritakan tentang :
1- Tauhid..
2- Ta'bud..(pengabdian)
3- Ahkam..(hukum)
4- Waa'd (janji)
5- Wai'd (ancaman)
Bila plak surah nie diturunkan.. Terdapat 3 pendapat ulama dalam hal ini :
1- Pendapat yang rojeh, surah ini diturunkan di Makkah
2- Diturunkan di Madinah
3- Diturunkan dua kali, pertama di Makkah ketika difardhukan sembahyang, dan yang kedua di Madinah, ketika tukarnya kiblat.
Berapa bilangan ayat.. Disertakan ppendapat dibawah ini:
1- Berkata Ibnu Kasir : tujuh ayat, dengan tiada khilaf.
2- Berkata U'mru bin A'bid : lapan ayat , kerana (اياك نِعبد) dikira sebagai satu ayat.
3- Berkat Hussen Al-Juq'fi : enam ayat, pendapat ini adalah syaz
Apa nama-nama lain selain Al-Fatihah...Terdapat beberapa nama antaranya:
1- Al-Fatihah (seperti yang diketahui)
2- Ummu Quran atau Kitab
3- As-Sab'u Masani
4- Alhamdu
5- Alkunzu
6- Alwaqiah
7- Asyifa'
8- Alkafiah
9- Alasas
10-Ar-raqiah
Berkata Al-Qurtubi : Bagi surah Al-fatihah terdapat dua belas nama.
Berkata As-Sayuti dalam kitab Itqan : Surah Al-Fatihah terdapat dua puluh lima nama.
Wallahua'lam..
rujukan: (آيات مختار من تفسير القران الكريم)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan